Penyelia & Pengawal Keselamatan Profesional
21-22 Nov, 2012 - Kuala Lumpur
Dorsett Regency - Pool Terrace, Level 4
This Event is closed. Please visit home page for other upcoming events www.ipa.com.my.

 

 

Celebrating Our 21st Year In Continuing Education For Productivity And Career  

IPA

 

KANDUNGAN KURSUS:

  • Kepentingan Pengawal Keselamatan Dalam Syarikat
  • Menangani Kritikan Dengan Positif Untuk Mempertingkatkan Mutu Kerja
  • Komunikasi Berkesan
  • Komunikasi Lisan Dan Komunikasi Isyarat Badan
  • Proses & Halangan Dalam Komunikasi
  • Kemahiran Komunikasi Melalui Telefon - 8 Peraturan Bertaraf Antarabangsa.
  • Kepentingan Bekerja Sebagai Pasukan Dalam Sekuriti
  • Matlamat Dalam Sekuriti
  • 16 Tugas-tugas Penyelia & Pengawal Keselamatan
  • Titik Permulaan Dalam Sekuriti - Penilaian Ancaman & Risiko - Cara-cara Menilai Ancaman & Risiko Syarikat
  • Implimentasi Pencegahan - Dasar Keselamatan, Menetapkan Prosedur Dan Peraturan & Tatacara
  • Perkhidmatan Kecemasan - Tugas-tugas sebelum, semasa & selepas kebakaran
  • Penguatkuasaan - Kawalan Pentadbiran
  • Odit Sekuriti
  • Jenis-jenis Rondaan & Perlaksanaan
  • Penyiasatan
  • Keselamatan Moden & Jenis-jenis Alat Pengesan.

PENGENALAN & OBJEKTIF
Kursus 2-hari ini dibahagi dua - Hari Pertama untuk pembangunan diri, menanamkan sikap positif, profesionalisma, keterampilan diri, keyakinan diri, mengatasi sikap sambil lewa, memberi pelbagai alasan untuk kegagalan, menerima kritikan dengan positif dan perasaan lebih bertanggungjawab semasa menjalankan tugas mereka. Hari Kedua untuk memberi pengetahuan & kemahiran dalam bidang sekuriti.

 

Matlamat kursus ini adalah menjalankan sistem sekuriti yang profesional. Latihan ini juga akan dapat mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi sama ada melalui telefon atau secara peribadi. Kursus ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka dengan
menanamkan semangat berpasukan.


SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN...

  1. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi, memberi arahan dan menangani kritikan.
  2. Menanamkan disiplin, menanamkan ciri-ciri sikap positif dan motivasi diri.
  3. Memberi pengetahuan mendalam tentang keselamatan profesional.
  4. Mewujudkan kesedaran bahawa keselamatan profesional bukanlah kerja senang.
  5. Menyedari bahawa keselamatan adalah suatu alat yang mengukuhkan objektif organisasi.
  6. Membolehkan peserta melakukan penilaian ancaman & risiko di syarikat mereka.
  7. Mengetahui kuasa perundangan anggota keselamatan dalam aspek penangkapan dan pemeriksaan kenderaan dan pejalan kaki dan tatacara mengendalikannya.
  8. Menangani beberapa jenis jenayah biasa di tempat kerja serta modus operandi.
  9. Mengetahui langkah-langkah pencegahan serta tindakan proaktif jenayah biasa.
  10. Memberi pengetahuan, keyakinan dan memberi kemahiran untuk mengatur satu sistem sekuriti yang berkesan di tempat kerja.
  11. Mengetahui tugas-tugas pengawal keselamatan semasa kebakaran.
  12. Akhir kata, kursus ini direkabentuk untuk mengatasi masalah-masalah yang terdapat di kalangan anggota keselamatan supaya mereka sedar akan harapan majikan dan peranan mereka untuk mencapai objektif dan matlamat organisasi sebagai suatu entiti perniagaan (business entity).


3

register now!

 

PENCERAMAH KURSUS
SEAN BALAKRISHNEN
, kelayakan beliau dalam bidang sekuriti bermula sejak beliau menjadi pegawai Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dari tahun 1973 sehingga tahun1995, di mana beliau bersara dengan menyandang pangkat Leftenan Komander.

 

Tugas-tugas yang disandang oleh Encik Sean termasuk Pegawai Memerintah, Pegawai Laksana, Pegawai Senjata kapal-kapal TLDM. Tanggungjawab utama beliau adalah menjaga keselamatan nyawa, keselamatan harta-benda kerajaan serta keselamatan data dan maklumat, selain dari tugas-tugas laut di mana beliau memikul keselamatan Negara Malaysia.

 

Beliau juga telah diamanahkan dengan keselamatan Pangkalan TLDM Lumut dengan jawatan sebagai Timbalan Komander Keselamatan merangkap Pegawai Laksana Rejimen Keselamatan. Tanggungjawab beliau, antara lain merangkumi menulis, mengularkan dan
menguji arahan dan prosedur tetap bagi keselamatan pangkalan TLDM Lumut yang merupakan sebahagian dari rancangan pertahanan keselamatan seluruh negara.

 

Encik. Sean telah juga berkhidmat sebagai Pegawai Probos dan Pegawai Pendakwa dan berpengalaman dalam aspek-aspek siasatan pelbagai kes-kes dadah, jenayah dan juga menubuhkan lembaga siasatan dan memberi nasihat di dalam bidang keselamatan dan
perundangan mahupun kepada lembaga atau pihak berkuasa atasan dalam proses membuat keputusan.

 

Selepas bersara dari perkhidmatan awam, beliau telah menyandang jawatan sebagai Pengurus Sumber Manusia dan seterusnya sebagai Pengurus Sumber Manusia Kumpulan di sebuah syarikat pembuatan antarabangsa. Di sana juga beliau menjalankan tugas-tugas sekuriti dan keselamatan serta kesihatan pekerjaan.

 

Di samping itu, beliau pernah menjadi pensyarah jemputan di MIPM (kini dikenali sebagai MIHRM) dan Universiti Malaya (UMCCed) dalam bidang sekuriti.

 

Encik Sean juga telah memberi syarahan di Institute Seminars Malaysia bagi program Diploma in Security Management. Sijil program ini dikeluarkan di United Kingdom. Dalam program ini beliau telah merangka dan menulis nota dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu serta memberi syarahan dalam modul "Criminology & Psychology dan Sekuriti".

 

Sebagai pelatih korporat, beliau mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman dan pernah melatih beberapa pertubuhan korporat termasuklah Malaysia Airports Sdn Bhd, Mieco Chipboard dan Yayasan Sabah.


SIAPA PATUT HADIR

 

  • Semua Eksekutif & Pegawai Tadbir yang menjaga unit Keselamatan
  • Ketua Keselamatan
  • Penyelia & Pengawal Keselamatan.

 

Hotel Information

Click For Hotel Location

Dorsett Regency
172 Jalan Imbi
Kuala Lumpur
- 55100
Phone :603 2715 1000     Fax :603 2716 1138
Email :E-Mail to Reserve Room

www:Reserve room at hotel
© 2014 Copyright IPA Training Sdn Bhd. All rights reserved