Penyelia & Pengawal Keselamatan Yang Efektif

19-20 Dec, 2011, Dorsett Regency Hotel

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

Venue Details

Dorsett Regency Hotel
172 Jalan Imbi , - 55100
Phone : 603 2715 1000
Fax : 603 2716 1138

Click For Hotel Location

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

 

Kandungan Kursus:

  • Peranan Penyelia & Pengawal Keselamatan
  • Sikap Yang Betul
  • Menerima Kritikan Dengan Positif Untuk Mempertingkatkan Mutu Kerja
  • Apa Itu Komunikasi Efektif Dalam Keselamatan?
  • Kaedah-kaedah Menangani Situasi Rumit
  • Kelakuan Yang Membina Dan Memusnahkan Pasukan Keselamatan
  • Tujuan & Peranan Sekuriti - Perlindungan, Pencegahan, Pengesanan
  • Penguatkuasaan, Penyiasatan, Pengawasan
  • Perkhidmatan Kecemasan
  • Peranan Sekiranya Berlaku Kebakaran & Malapetaka
  • Mengenalpasti Ancaman & Risiko Di Tempat Kerja
  • Implimentasi Perlindungan Nyawa & Harta-benda
  • Keselamatan Fizikal, Maklumat & Komputer
  • Implimentasi Pencegahan - Dasar Keselamatan, Menetapkan Prosedur Dan Peraturan
  • Implimentasi Penguatkuasaan Prosedur & Peraturan
  • Implimentasi Penyiasatan - Format Laporan Diedarkan
  • Audit Sekuriti - Contoh & Format Diedarkan
  • Kuasa Pengawal Keselamatan & Perundangan
  • Penangkapan (Dengan Waran & Tanpa Waran)
  • Penangkapan Rakyat (Citizen's Arrest)
  • Prosedur Bagi Penangkapan
  • Tinjauan Keselamatan Moden & Jenis-jenis Alat Pengesan.

 

PENGENALAN & OBJEKTIF
Kursus 2-hari ini adalah untuk penyelia dan pengawal anggota keselamatan agar mereka menjalankan tugas mereka dengan lebih efektif.

 

Kursus ini bertujuan meningkatkan professionalisma, keterampilan diri, keyakinan diri dan perasaan lebih bertanggungjawab semasa menjalankan tugas dan peranan mereka.

 

Matlamat kursus ini adalah untuk menangani masalah-masalah seperti sikap sambil lewa, sentiasa memberi pelbagai alasan untuk kegagalan serta menanamkan sikap positif dan boleh menerima kritikan dengan positif demi kebaikan organisasi.

 

Di samping itu, kursus ini turut membantu mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi sama ada melalui telefon atau semasa menghadapi sesuatu situasi. Selain itu, serta mengeratkan hubungan sesama mereka dengan menanamkan semangat berpasukan.

 

Akhir kata, kursus ini direkabentuk untuk memberi kesedaran kepada para anggota keselamatan bahawa merak juga merupakan harapan majikan untuk membantu mencapai objektif dan matlamat organisasi sebagai suatu entiti perniagaan.

 

SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI,
ANDA AKAN...

  1. Mengetahui pentingnya perkhidmatan kawalan keselamatan bagi organisasi anda.
  2. Mempunyai gambaran keseluruhan tentang keselamatan.
  3. Mempelajari peranan-peranan utama dalam keselamatan.
  4. Menyedari bahawa keselamatan membantu mengukuhkan objektif sesebuah organisasi.
  5. Meningkatkan kebolehan bertutur, memberi arahan, menulis laporan.
  6. Meningkatkan disiplin dan motivasi diri.
  7. Mengenalpasti ciri-ciri ancaman dan risiko.
  8. Mengetahui kuasa perundangan anggota keselamatan.
  9. Menangani beberapa jenis jenayah biasa di tempat kerja.
  10. Mengetahui langkah-langkah pencegahan jenayah biasa.
  11. Mempunyai kesedaran mengenai "Sebanyak mana keselamatan itu merupakan keselamatan yang mencukupi?" - Kriteria dalam menentukan sejauhmana keselamatan diperlukan untuk sesebuah organisasi.
  12. Mengetahui tugas-tugas pengawal dan penyelia keselamatan sekiranya berlaku kebakaran.

 

PENCERAMAH KURSUS
SEAN BALAKRISHNEN
, kelayakan beliau dalam bidang sekuriti bermula sejak beliau menjadi pegawai Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) daripada tahun 1973 sehingga tahun1995, di mana beliau bersara dengan menyandang pangkat Leftenan Komander.

 

Tugas-tugas yang disandang oleh Encik Sean termasuk Pegawai Memerintah, Pegawai Laksana, Pegawai Senjata kapal-kapal TLDM. Tanggungjawab utama beliau adalah menjaga keselamatan nyawa, keselamatan harta-benda kerajaan dan keselamatan data dan maklumat. Selain dari tugas-tugas laut di mana beliau memikul keselamatan Negara Malaysia.

 

Beliau juga telah diamanahkan dengan keselamatan Pangkalan TLDM Lumut dengan jawatan sebagai Timbalan Komander Keselamatan merangkap Pegawai Laksana Rejimen Keselamatan. Tanggungjawab beliau, antara lain merangkumi menulis, mengularkan dan menguji arahan dan prosedur tetap bagi keselamatan pangkalan TLDM Lumut yang merupakan sebahagian dari rancangan pertahanan keselamatan seluruh negara.

 

Encik. Sean telah juga berkhidmat sebagai Pegawai Probos dan sebagai Pegawai Pendakwa dan berpengalaman dalam aspek-aspek siasatan pelbagai kes-kes dadah dan jenayah dan juga menubuh lembaga siasatan dan memberi nasihat di bidang keselamatan dan perundangan mahu pun kepada lembaga atau pihak berkuasa atasan dalam proses membuat keputusan.

 

Selepas bersara dari perkhidmatan awam, beliau telah menyandang jawatan sebagai Pengurus Sumber Manusia dan seterusnya sebagai Pengurus Sumber Manusia Kumpulan di sebuah syarikat pembuatan antarabangsa. Di sana juga beliau menjalankan tugas-tugas sekuriti dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

 

Di samping itu, beliau pernah menjadi pensyarah jemputan di MIPM (kini dikenali sebagai MIHRM) dan Universiti Malaya (UMCCed) dalam bidang sekuriti.

 

Encik Sean juga telah memberi syarahan di Institute Seminars Malaysia bagi program Diploma in Security Management. Sijil program ini dikeluarkan di United Kingdom. Dalam program ini beliau telah merangka dan menulis nota dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu serta memberi syarahan dalam modul "Criminology & Psychology dan Sekuriti".

 

Sebagai pelatih korporat, beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dan pernah melatih beberapa pertubuhan korporat termasuklah Malaysia Airports Sdn Bhd, Mieco Chipboard dan Yayasan Sabah.

 

 

SIAPA YANG PATUT HADIR

  • Penyelia Keselamatan
  • Ketua Penyelia Keselamatan
  • Pengawal Keselamatan
  • Ketua Pengawal Keselamatan

 

METODOLOGI
Kursus ini diterapkan dengan pelbagai aktiviti, latihan, kajian kes, diagonis masalah benar, syarahan dan perbincangan. Setiap peserta akan menerima format laporan penyiasatan & juga contoh dan format audit sekuriti yang efektif.

 

3