Mentadbir & Mengurus Kontrak Binaan 2017

15 May, 2017, Seri Pacific Hotel

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

PROF DATO’ SALLEH BUANG, fasilitator anda yang mengendalikan kursus ini, pernah bertugas di Jabatan Peguam Negara (1970-75) sebelum berhijrah ke bidang kepeguaman, sektor korporat dan akhirnya menara gading.

 

Selama lebih 30 tahun beliau telah mengendalikan pelbagai kursus, seminar dan bengkel dalam pelbagai isu termasuklah kontrak binaan, undang-undang tanah, perumahan, usahasama, perancangan, persaingan, media dan sebagainya.

 

Selain menghasilkan lebih 30 buku dan monograf, beliau kini masih lagi aktif sebagai kolumnis di Utusan Malaysia, New Straits Times, dan portal berita malaysiagazette.com.

 

Beliau kini menjadi Pemegang Amanah kepada Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War.

 

Berasal dari Muar, Johor, beliau kini menetap di Alor Setar, Kedah.


Venue Details

Seri Pacific Hotel
Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur,
Phone : 03 4042 5555
Fax : 03 4043 8717

Click For Hotel Location

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS

SESSI 1

  • Undang-Undang Berkaitan – Akta Kontrak 1950, Akta CIDB 1994, Akta CIPAA 2012, Akta Timbangtara 2005

SESSI 2

  • Hak Dan Tanggungjawab Kontraktor
  • Hak Dan Tanggungjawab Majikan
  • Hak Dan Tanggungjawab Pentadbir Kontrak
  • Kontraktor-Kecil

SESSI 3

  • Kerja (The “Works”)
  • Variasi
  • Bila Berlaku Kemungkiran (“Breach”)
  • Tuntutan

SESSI 4

  • Pembayaran Kepada Kontraktor (Perkembangan Terkini)
  • Menyelesaikan Pertikaian
  • Masa Depan Industri Binaan
OBJEKTIF

Bengkel kemahiran ini telah dirangka khusus untuk memberi kefahaman kepada golongan Majikan, Usahawan dan ahli profesion berkaitan (Akitek, Jurutera dan sebagainya) mengenai pelbagai isu dan cabaran undang-undang dan amalan semasa kontrak binaan di negara ini, sambil membandingkannya dengan situasi di beberapa negara lain.

 

Industri binaan telah berkembang pesat sejak tiga dekad yang lalu dan dijangka terus berkembang pada dekad yang mendatang. Penganalisis industri binaan meramalkan industri ini akan berkembang pada kadar 9.5% pada tahun 2016 dan mengekalkan pencapaian purata 8.5% pada tempoh lima tahun yang akan datang. Industri ini kini menggunakan kira-kira 400,000 pekerja asing di negara ini. Kerja binaan di bidang infrasruktur yang ditawarkan sepanjang tahun 2016 dianggarkan bernilai RM83 billion.

 

Memorandum kesefahaman (MoU) mengenai pembinaan perkhidmatan keretapi laju yang ditandatangani oleh wakil Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura pada Julai 2016 lalu menjadi salah satu petanda baik tentang perkembangan indusrti binaan di negara ini.

 

Sebahagian besar dari pemain industri binaan kita telah berjaya menembusi pasaran luar negara, dan tidak ada sebabnya mengapa syarikat kontraktor binaan yang lain tidak boleh turut sama memperluaskan aktiviti perniagaan mereka merentasi sempadan negara di masa depan. Sebagai persediaan, wara kerja dalam industry ini wajar menyertai Bengkel intensif sehari yang disusun khas ini untuk mereka ini.

 

METODOLOGI
Syarahan Interaktif, Perbincangan, Kajian Kes & Kajian Soalan
SIAPA PATUT HADIR
  • Pengurus hartanah
  • Pengurus projek
  • Pengurus pemasaran
  • Jurunilai
  • Juruukur
  • Konsultan hartanah
  • Pemaju hartanah
  • Pemilik tanah
  • Peguam dan kakitangan peguam
  • Penasihat undang-undang di sektor swasta dan agensi awam
  • Pentadbir Tanah
  • Pegawai Kanan di Jabatan Kerajaan dan Kementerian
  • Pegawai dan pengurus di insitusi kewangan
  • Penasihat pelaburan
  • Pengurus cukai
  • Kontraktor
 
APA YANG AKAN DIPELAJARI
9:00 SESSI 1
  • Undang-undang berkaitan – Akta Kontrak 1950, Akta CIDB 1994, Akta CIPAA 2012, Akta Timbangtara 2005
  • Elemen, konsep, terma standard kontrak binaan di Malaysia dan negara asing
  • Peringkat pembentukan kontrak binaan – surat hasrat (LoI), memorandum persefahaman (MoU), mempelawa tawaran, membuat tawaran, penerimaan.
  • Pasca pembentukan kontrak – bersedia untuk memulakan kerja, program kerja, bonds
  • Prinsip “entire contract”, terma nyata dan terma tersirat
  • Dokumen Kontrak – Artikel Perjanjian, terma dan syarat, lukisan dan spesifikasi, hierarki dokumen kontrak
10:45 SESSI 2
  • HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR
    -- Memulakan dan menyempurnakan kerja
    -- Membuat kerja pembaikan kecacatan / melaksanakan variasi
    -- Due diligence, fitness of purpose, skill and judgment
    -- Memberi amaran mengenai kecacatan rekabentuk yang nyata
  • HAK DAN TANGGUNGJAWAB MAJIKAN
    -- Membuat bayaran yang ditetapkan, pada masa yang ditetapkan
    -- Tidak ganggu perjalanan kontrak
    -- Memberi arahan pada tepat masanya
    -- Memberi milikan tapak pada tepat masanya
    -- Kesan kegagalan Majikan – “time becomes at large”
  • HAK DAN TANGGUNGJAWAB PENTADBIR KONTRAK
    -- Bertindak secara adil – kepada Majikan dan kontraktor
    -- Diligence, skill and care – terhadap Majikan dan kontraktor
    -- Kesan “disclaimer”
  • KONTRAKTOR-KECIL
    -- Isu privity of contract
    -- Kewajipan terhadap Kontraktor
    -- Kewajipan terhadap Majikan
1:00 Makan Tengah Hari

2:00 SESSI 3
  • KERJA (THE “WORKS”)
    -- Kerja yang disebutkan dalam dokumen kontrak
    -- Kerja pembaikan (jika ada kecacatan)
  • VARIASI
    -- Ada peruntukan dalam kontrak?
    -- Variasi sebenar?
    -- Prosedur sudah dipatuhi?
  • BILA BERLAKU KEMUNGKIRAN (“BREACH”)
    -- Apa pilihan untuk pihak yang tidak bersalah?
    -- Duty to mitigate loss
  • TUNTUTAN
    -- Tuntutan gantirugi dan penalty (berasaskan kontrak)
    -- Tuntutan quantum meruit – bila boleh dituntut?
    -- Bayaran ex gratia – bolehkah ia dituntut?
    -- Tuntutan berasaskan kecuaian (tort)
3:45 SESSI 4
  • PEMBAYARAN KEPADA KONTRAKTOR (PERKEMBANGAN TERKINI)
    -- Amalan di negara luar
    -- CIPAA 2012 (AKTA 746)
  • MENYELESAIKAN PERTIKAIAN
    -- Mahkamah biasa
    -- Timbangtara
    -- Mediasi
    -- Mahkamah khusus untuk industri binaan
  • MASA DEPAN INDUSTRI BINAAN
    -- Construction Industry Master Plan 2006- 2015
  • SOAL-JAWAB. RUMUSAN
5:00 Tamat Kursus