TUAN HJ. JALALUDIN BIN HJ. MOHD. NOR adalah bekas pegawai Kerajaan yang telah berkhidmat selama lebih 20 tahun. Beliau sempat berkhidmat dalam 4 buah Kementerian dan pernah menjawat jawatan Setiausaha Khas kepada Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia selama 5 tahun.
Tempoh perkhidmatan yang paling lama ialah di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan di tempatkan di INTAN sebagai tenaga pengajar dalam bidang Pengurusan Majlis, Protokol dan Pentadbiran Am Kerajaan. Sebagai tenaga pengajar, beliau telah ditempatkan / “attached” di beberapa Bahagian dan Jabatan yang relevan dengan pengurusan Protokol dan Pengurusan Majlis Rasmi Kerajaan. Beliau berpengalaman mengendalikan majlis Rasmi Kerajaan dibawah dua Yang Dipertuan Agong iaitu semasa Sultan Ahmad Shah Pahang dan Sultan Iskandar Johor menjadi Yang Dipertuan Agong Malaysia.
Berpendidikan asas dalam Psikologi Kaunseling, Tuan Hj.Jalaludin memiliki ijazah sarjana dalam Pengurusan Perniagaan dan memiliki kelulusan professional , diploma in hotel and catering, specialized in Food and Beverages dan Diploma in Etiquette and Grooming dari Ecolle de Belle Juenuese Paris.
Dengan pengalaman mengajar lebih dari 20 tahun, beliau bersara awal dari Kerajaan pada usia 45 tahun dan menubuhkan syarikat konsultan latihan sendiri dan mengendalikan banyak kursus-kursus di peringkat in-situ di Kementerian, Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat swasta serta syarikat GLC.
Pengalaman mengajar dan pengurusan membolehkan beliau mengendalikan banyak kursus-kursus Peningkatan Tahap Kompetensi dan kini kursus Program Transformasi Minda.
Seri Pacific Hotel
Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur,
- 50350
Phone : (603) 4042 5555
Fax : (603) 4043 8717
Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my
Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my
FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my
ADDRESS
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar,
No.5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my
|
|