Mengurus Sikap Pekerja Yang Bermasalah Secara Profesional

13-14 Apr, 2017, Furama Hotel Kuala Lumpur

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

ANANTHY SANKARAN adalah seorang graduan dalam bidang pentadbiran perniagaan dan mempunyai ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Peradaban (Masters in Civilization Studies).

 

Beliau telah berkecimpung di dalam bidang Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia selama 10 tahun. Sepanjang tempoh ini, beliau telah melatih ramai pekerja baik dari sektor korporat mahupun awam di dalam bidang pengurusan perniagaan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang jururunding di PERHEBAT (Perbadanan Hal-Ehwal Angkatan Tentera) di dalam bidang Keusahawanan.

 

Antara syarikat-syarikat yang pernah mendapat khidmat nasihat dan latihan beliau adalah Boustead Holdings, Asahi, Samsung, Federal Auto (Volvo), Sheraton Hotel, Istana Hotel, Perodua, F&NCC, Petronas, BP Chemical, HolidayInn, Brothers Industries, Prudential Insurance, MNI Insurance, Miri Port dan banyak lagi. Selain melatih peserta dalam bidang pengurusan perniagaan, beliau juga pernah berkhidmat dengan seorang tokoh TQM, Philip Crosby, yang terkenal di seluruh dunia.

 

Sebagai seorang pelatih yang profesional, beliau mampu mengendalikan kursus di dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Malaysia. Ananthy juga pernah menerima anugerah sebagai “Best Trainer” dari sebuah firma Latihan dan Rundingan yang terkenal di negara kita.

 

Beliau juga pernah berkhidmat di syarikat Matrix Asia, Boustead Holdings, CMC, International Training Centre, Partners-In-Quality dan East Asia Quality Consultants.

 

Beliau merupakan seorang yang sangat percaya kepada prinsip “Di sebalik kejayaan sesebuah syarikat terdapat sepasukan pekerja yang berdedikasi”. Beliau juga banyak memberi ceramah kepada pekerja tentang bagaimana perubahan sikap boleh membawa kepada kejayaan dan manfaat untuk terus maju ke hadapan di dalam hidup.

Venue Details

Furama Hotel Kuala Lumpur
136, Jalan Changkat Thambi Dollah, - 55100
Phone : 03 2788 8888
Fax : 03 2788 8889

Click For Hotel Location

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Mengenalpasti Pekerja “Bermasalah”
  • Ciri-Ciri Sikap Pekerja Yang Bermasalah
  • Berkomunikasi Dengan Cara Yang Tegas
  • 3 Jenis Sifat Dan Personaliti Manusia
  • Strategi Mengurus Konflik
  • Menyampaikan Idea Kepada Majikan Yang “Bermasalah”
  • Menghadapi Kritikan Dari Pekerja “Bermasalah”
  • Mewujudkan Suasana Kerja Yang Harmoni
OBJEKTIF

Suasana pejabat penuh dengan kerenah pekerja yang pelbagai. Pengurusan sikap pekerja menjadi antara cabaran yang paling hebat setiap hari. Manusia terikat dengan emosi dan sentimen. Apabila berhadapan dengan sikap manusia lain yang kurang serasi dengan arus pemikiran sedia ada, emosi mula menguasai diri.

Kursus ini menyelami teknik-teknik dan cara pemikiran yang membantu mengawal emosi sendiri sebelum mengurus sikap orang lain. Inilah salah satu rahsia penting Pengurusan Sikap Manusia Yang Profesional di tempat Kerja.

Kemudian, ketahui faktor penyebab keunikan sikap yang berlainan dan bagaimana harus kita memainkan peranan yang berkesan dalam pelbagai situasi.

SIAPA YANG PATUT HADIR

Pengurus, Eksekutif & Penyelia

METODOLOGI
Kursus ini memaparkan kaedah-kaedah pembelajaran yang praktikal dan mudah difahami. Ianya boleh dipraktikkan secara berkesan di tempat kerja dan sesuai untuk semua situasi.
  • Analisa Masalah
  • Kes kajian
  • Lakonan watak
  • Aktiviti
  • Perbincangan kumpulan
  • Soal jawab
SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI,
ANDA AKAN…
  1. Mengetahui cara-cara mengawal emosi dan menjadi tenang dengan mudah.
  2. Berkomunikasi secara berkesan dengan pekerja bermasalah.
  3. Menyelami sikap manusia lain dengan tepat.
  4. Pengurus sikap majikan
  5. Memaafkan manusia yang berkonflik dengan mudah.
  6. Mengurus kritikan secara positif.
  7. Menonjolkan imej yang lebih positif dan profesional.
 
HARI PERTAMA
9:00 MENGENALPASTI PEKERJA “BERMASALAH”
  • Sinario “Masalah” di tempat Kerja
  • Jenis Masalah Yang Dihadapi
  • Cabaran Yang Diberikan Oleh Pekerja Berlainan Sikap
10:45 CIRI-CIRI SIKAP PEKERJA YANG BERMASALAH
  • Mengenalpasti Kenapa Mereka Menimbulkan Masalah
  • 6 Jenis Pekerja “Bermasalah”.
  • Adakah Anda Mempunyai Ciri Ini?
1:00 Makan Tengah Hari

2:00 BERKOMUNIKASI DENGAN CARA YANG TEGAS
  • 3 Cara Komunikasi Secara Bersemuka
  • Penggunaan Ayat Yang Tepat
  • Praktik Nada Suara Yang Berkeyakinan
  • Penonjolan Bahasa Isyarat Yang Profesional
3:45 3 JENIS SIFAT DAN PERSONALITI MANUSIA
  • Tanggungjawab Yang Profesional
  • 3 Sifat Semulajadi Manusia
  • Teknik Mengurus Manusia “Bermasalah”
5:00 Tamat Kursus Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00 STRATEGI MENGURUS KONFLIK
  • Teknik Memberi Maklumbalas
  • Rasa Empati dan Simpati
  • Mengurus Situasi “Betul” dan “Salah”
  • Kaedah Menukar Situasi Negatif ke Positif
10:45 MENYAMPAIKAN IDEA KEPADA MAJIKAN YANG “BERMASALAH”
  • Mempelajari Tahap Pendengaran Yang Berbeza
  • Tahap Pendengaran Yang Betul
  • Teknik Mempromosi Idea Anda Kepada Majikan
1:00 Makan Tengah Hari

2:00 MENGHADAPI KRITIKAN DARI PEKERJA “BERMASALAH”
  • Teknik Menerima Teguran Secara Positif
  • Strategi Mengurus Emosi Sendiri
  • Bagaimana Mengurus Emosi Orang Lain
3:45 MEWUJUDKAN SUASANA KERJA YANG HARMONI
  • Kebenaran Di sebalik Gosip Di Pejabat
  • Menghilangkan Rasa Benci Terhadap Sikap Pekerja Bermasalah
  • Formula Perhubungan Manusia Yang Cemerlang
5:00 Kursus Tamat