Menulis Minit Mesyuarat & Menulis Laporan

16-17 May, 2017, Vistana Kuala Lumpur

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

TUAN HJ. JALALUDIN BIN HJ. MOHD. NOR adalah bekas pegawai Kerajaan yang telah berkhidmat selama lebih 20 tahun. Beliau sempat berkhidmat dalam 4 buah Kementerian dan pernah menjawat jawatan Setiausaha Khas kepada Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia selama 5 tahun.

 

Tempoh perkhidmatan yang paling lama ialah di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan di tempatkan di INTAN sebagai tenaga pengajar dalam bidang Pengurusan Majlis, Protokol dan Pentadbiran Am Kerajaan. Sebagai tenaga pengajar, beliau telah ditempatkan / “attached” di beberapa Bahagian dan Jabatan yang relevan dengan pengurusan Protokol dan Pengurusan Majlis Rasmi Kerajaan. Beliau berpengalaman mengendalikan majlis Rasmi Kerajaan dibawah dua Yang Dipertuan Agong iaitu semasa Sultan Ahmad Shah Pahang dan Sultan Iskandar Johor menjadi Yang Dipertuan Agong Malaysia.

 

Berpendidikan asas dalam Psikologi Kaunseling, Tuan Hj.Jalaludin memiliki ijazah sarjana dalam Pengurusan Perniagaan dan memiliki kelulusan professional , diploma in hotel and catering, specialized in Food and Beverages dan Diploma in Etiquette and Grooming dari Ecolle de Belle Juenuese Paris.

 

Dengan pengalaman mengajar lebih dari 20 tahun, beliau bersara awal dari Kerajaan pada usia 45 tahun dan menubuhkan syarikat konsultan latihan sendiri dan mengendalikan banyak kursus-kursus di peringkat in-situ di Kementerian, Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat swasta serta syarikat GLC.

 

Pengalaman mengajar dan pengurusan membolehkan beliau mengendalikan banyak kursus-kursus Peningkatan Tahap Kompetensi dan kini kursus Program Transformasi Minda.

Venue Details

Vistana Kuala Lumpur
9 Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh, - 50400
Phone : 03 4042 8000
Fax : 03 4041 1400
Email : E-Mail to Reserve Room

Click For Hotel Location

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Kepentingan Minit Mesyuarat
  • Format Penyediaan Minit Mesyuarat
  • Tatabahasa Dan Kaedah Rumusan
  • Latihamal Menulis Minit Mesyuarat Dan Pembentangan
  • Fungsi Laporan Dan Jenis Laporan
  • Format Penyediaan Laporan
  • Saranan Dan Komen Penulis
  • Latihan Menulis Laporan Dan Pembentangan
PENDAHULUAN

Menulis minit mesyuarat dan menulis laporan rasmi adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari. Bagi mana-mana organisasi, minit mesyuarat adalah dokumen yang sangat penting. Kegagalan mencatit keputusan mesyuarat yang betul mungkin boleh menggagalkan operasi organisasi kerana keputusan yang telah ditetapkan dan diputuskan tidak sampai kepada kumpulan sasaran.

 

Bagi subjek menulis laporan pula, kemahiran perlu dipelajari dan diamalkan dalam menulis laporan yang betul dan menepati kehendak pengurusan organisasi.

OBJEKTIF
Kursus yang dijalankan secara bengkel ini dirangka dengan tujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta tentang cara dan kaedah penulisan minit mesyuarat yang betul. Format penulisan laporan juga diajarkan bagi memudahkan peserta melaksanakan kerja masing-masing di tempat mereka bertugas.
RUANGLINGKUP LATIHAN

Kursus selama dua hari ini akan memberikan penekanan yang lebih kepada aspek latihan, dan latihamal yang akan dilakukan oleh peserta. Pada awalnya peserta akan ditunjuk ajar mengenai kaedah dan cara yang betul dalam menulis minit mesyuarat dan menulis laporan.

METODOLOGI

Kursus ini akan dilaksanakan dalam bentuk bengkel dan akan digerakkan dengan menggunakan pendekatan berikut:-

  • Ceramah dan penjelasan subjek
  • Sesi maklumbalas dan perbincangan terbuka
  • Latihamal
  • Komen pengajar dan maklumbalas terbuka
SIAPA PATUT HADIR

Kursus ini sesuai untuk dihadiri oleh Eksekutif, Setiausaha, Pentadbir, Penolong Pentadbir, Pembantu Peribadi, Ketua Kerani yang sering terlibat dalam Penulisan Minit Mesyuarat dan Laporan.

SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI,
PESERTA AKAN…
  1. Memahami kaedah dan cara penulisan minit mesyuarat
    yang betul mengikut format dan memudahkan semakan semula.
  2. Mengamalkan cara dan kaedah yang dipelajari bila kembali bertugas.
  3. Memahami cara dan prosedur dalam menulis laporan yang berkualiti.
  4. Mengamalkan dan mngekalkan cara penulisan yang dipelajari sepanjang masa mereka berkhidmat.
 
HARI PERTAMA
9:00 KEPENTINGAN MINIT MESYUARAT
  • Jenis Mesyuarat
  • Panduan Mengambil Minit
  • Kaedah Mencatit Minit
10:45 FORMAT PENYEDIAAN MINIT MESYUARAT
  • Peringkat Penulisan Minit
  • Petua-Petua Dalam Penulisan
  • Ciri-Ciri Yang Menarik
  • Format Minit Mesyuarat
1:00 Makan Tengah Hari

2:00 TATABAHASA DAN KAEDAH RUMUSAN
  • Penggunaan Bahasa Yang Objektif
  • Tepat Dan Tidak Menggunakan Bahasa Berbunga
  • Triple S, Short, Sweet And Simple.
3:45 LATIHAMAL MENULIS MINIT MESYUARAT DAN PEMBENTANGAN
  • Latihan Berkumpulan Bagi Melihat Dan Menilai Kefahaman Peserta. Pembentangan Akan Dibuat Mengikut Kumpulan Dan Pengajar Akan Memberi Komen Berpandukan Pembentangan Yang Dibuat.
5:00 Tamat Kursus Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00 FUNGSI LAPORAN DAN JENIS LAPORAN
  • Apa Sebenarnya Laporan
  • Matlamat Dan Tujuan Laporan
  • Jenis-Jenis Laporan
10:45 FORMAT PENYEDIAAN LAPORAN
  • Jenis-Jenis Laporan
  • Tujuan Laporan
  • Untuk Siapa
  • Pembuka Dan Penutup Laporan
1:00 Makan Tengah Hari

2:00 SARANAN DAN KOMEN PENULIS
  • Merumuskan Laporan
  • Cadangan Dan Syor
  • Penutup
  • Senarai Semak (Checklist) Laporan
3:45 LATIHAN MENULIS LAPORAN DAN PEMBENTANGAN
  • Peserta akan diberikan satu kertas kajian kes bagi setiap kumpulan dan diminta membuat laporan atas kes yang diberikan. Setiap kumpulan kemudian membuat persembahan dan peserta lain dalam kumpulan akan memberi ulasan. Pengajar akan merumuskan dan memperbaiki kesilapan, sekiranya ada. Kaedah ini lebih berkesan kerana peserta melakukan aktiviti sebenar di bawah pengawasan pengajar.
5:00 Kursus Tamat