Learn from the Best
En. Jumari Bin Kosrin
(BBA Syariah UM, MBA UTeM) telah memulakan karier dalam bidang latihan semenjak lebih dari 10 tahun. Telah mengandalikan pelbagai jenis kursus yang melibatkan pelanggan korporat termasuklah IPT, pihak kerajaan dan swasta. Berpengalaman mengendalikan kursus termasuklah bidang pengurusan dan motivasi samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian dalam pengendalian kursus beliau mendapat penilaian yang tinggi dari para peserta dan akhirnya dapat diaplikasikan dalam persekitaran kerja yang sesuai.
Beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan kursus-kursus pembinaan pasukan, motivasi, Train The Trainer, Professional Grooming, Protocol and Social Etiquette, Supervisory Skill, Communication Skills, Career & Motivation, Leadership and Supervisory Skill, Self Improvement, Positive Work Attitude, Pengurusan Fail dan Rekod.
Memegang ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya, dalam bidang pentadbiran dan perundagan Syariah serta telah menamatkan pengajian dalam Master of Business Administration (MBA) dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka menjadikan beliau sangat berkeyakinan dalam mengendalikan pelbagai jenis kursus. Berpengalaman dengan persekitaran kerja dalam sektor kerajaan dan swasta sebelum menjadi jurulatih sepenuh masa menjadikan beliau mempunyai nilai tambah dalam pengendalian pelagai jenis kursus. Beliau juga turut berkemampuan dalam mengendalikan soft skill training seperti kursus penulisan surat dan dokumen rasmi berkualiti dalam Bahasa Malaysia.
Kemahiran dan kebolehan dalam mengendalikan kursus menjadikan beliau menjadi jurulatih pilihan kepada organisasi seperti Pusat Serenti, Pasukan Bomba dan Penyelamat, IKSEP, National Semi Conductor Melaka, Pejabat Belia dan Sukan, Intitusi Pengajian Tinggi, STRIDE, MINDEF, JKR, PETRONAS dan NGO termasuklah dari Negara Brunei Darussalam.
Contact us
ADDRESS
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar,
No.5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my