(MC) Penulisan Surat Rasmi, Memo, Email, Laporan, Kertas Kerja dan Minit Mesyuarat

26-27 Jun, 2023, Furama Hotel Kuala Lumpur

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

JUMARI BIN KOSRIN
(MBA UTeM. BA Syariah UM).

 

En. Jumari telah memulakan karier dalam bidang latihan lebih dari 10 tahun. Beliau telah mengendalikan pelbagai jenis kursus yang melibatkan pelanggan korporat termasuklah IPT, pihak kerajaan dan swasta. Beliau juga berpengalaman mengendalikan kursus termasuklah bidang pengurusan dan motivasi samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian dalam pengendalian kursus, beliau mendapat penilaian yang tinggi dari para peserta dan akhirnya dapat diaplikasikan dalam persekitaran kerja yang sesuai.

 

Beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan kursus-kursus pembinaan pasukan, motivasi, Train The Trainer, Professional Grooming, Protocol and Social Etiquette, Supervisory Skill, Communication Skills, Career & Motivation, Leadership and Supervisory Skill, Self Improvement, Positive Work Attitude, Pengurusan Fail dan Rekod.

 

Beliau memegang ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya, dalam bidang pentadbiran dan perundangan Syariah serta telah menamatkan pengajian dalam Master of Business Administration (MBA) dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Ini menjadikan beliau sangat berkeyakinan dalam mengendalikan pelbagai jenis kursus.

Pengalaman kerja beliau di dalam sektor kerajaan dan swasta sebelum menjadi jurulatih sepenuh masa, menjadikan beliau mempunyai nilai tambahan dalam pengendalian pelbagai jenis kursus. Beliau juga turut berkemampuan dalam mengendalikan soft skill training seperti kursus penulisan surat dan dokumen rasmi berkualiti dalam Bahasa Malaysia.

 

Kemahiran dan kebolehan dalam mengendalikan kursus menjadikan beliau menjadi jurulatih pilihan kepada organisasi seperti Pusat Serenti, Pasukan Bomba dan Penyelamat, IKSEP, National Semi Conductor Melaka, Pejabat Belia dan Sukan, Institusi Pengajian Tinggi, STRIDE, MINDEF, JKR, PETRONAS dan NGO termasuklah dari Negara Brunei Darussalam.


Venue Details

Furama Hotel Kuala Lumpur
136, Jalan Changkat Thambi Dollah, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia,
Phone : 03 2788 8888
Fax : 03 2788 8866

https://furama-bukit-bintang.hotels- in-kuala-lumpur.com/en/#main

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Profesionalisma dalam Penulisan Surat Rasmi
  • Panduan Penulisan Memo
  • Panduan Penulisan E-mel
  • Panduan Penulisan Kertas Kerja
  • Profesionalisma dalam Penulisan Laporan
  • Tatabahasa Dan Laras Bahasa
  • Panduan Penulisan Minit Mesyuarat
  • Latihan penulisan Minit Mesyuarat

    KOMPUTER RIBA DIPERLUKAN UNTUK SESI PRAKTIKAL
PENDAHULUAN

Pengetahuan dan kebolehan menulis adalah satu kemahiran yang sangat penting bagi kakitangan yang diberikan tugas sedemikian di dalam sesebuah organisasi terutama bila berurusan dengan pihak kerajaan. Kemahiran ini mampu menghasilkan penulisan yang berkualiti dan mencapai objektif yang ditetapkan oleh sesuatu penulisan serta melambangkan tahap profesionalisma mereka.

 

Terdapat banyak bentuk penulisan yang kerap diperlukan di dalam sesebuah organisasi seperti penulisan surat rasmi, memo, e-mel, laporan, kertas kerja dan minit mesyuarat. Kesemua jenis penulisan ini mempunyai format dan teknik tertentu dan tatabahasa yang betul untuk dihasilkan.

 

Semua kakitangan yang terlibat di dalam tugasan penulisan sangat penting untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang betul bagi memudahkan tugas dan memberi imej yang baik kepada organisasi di mana mereka bekerja.

OBJEKTIF KURSUS

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran di dalam menulis surat rasmi, memo, e-mel, laporan, kertas kerja dan minit mesyuarat yang sistematik dan berkualiti. Dengan demikian para peserta akan dapat melaksanakan tugas sebagai penulis dengan lebih berkesan dan berkeyakinan.

SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI,
ANDA AKAN…

  1. Mempraktikkan ciri-ciri yang terbaik bagi menghasilkan penulisan yang berbentuk surat rasmi, memo, e-mel, kertas kerja, laporan dan minit mesyuarat.
  2. Mengaplikasi format yang betul bagi setiap jenis penulisan yang berlainan.
  3. Menggunapakai penggunaan tatabahasa yang betul di dalam penulisan yang berkualiti.
  4. Menerangkan kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan ketika menghasilkan penulisan
SIAPA YANG PATUT HADIR

Kursus ini sesuai untuk dihadiri oleh Eksekutif, Setiausaha, Pentadbir, Penolong Pentadbir, Pembantu Peribadi, Ketua Kerani yang sering terlibat di dalam penulisan dokumen-dokumen rasmi.

METODOLOGI
Kursus ini memberi tumpuan di dalam latihan amali bagi memastikan para peserta dapat mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan dapat menggunakan teknik-teknik yang betul di dalam membuat penulisan surat rasmi, memo, e-mel, kertas kerja, laporan dan minit mesyuarat.
 
HARI PERTAMA
9:00 PROFESIONALISMA DALAM PENULISAN SURAT RASMI
  • Pengenalan jenis & format surat rasmi
  • Kandungan & Panduan Penulisan surat
  • Latihan penulisan
10:45 PANDUAN PENULISAN MEMO
  • Format memo
  • Kandungan & Panduan Penulisan memo
  • Latihan penulisan memo
1:00 Makan Tengah Hari

2:00 PANDUAN PENULISAN E-MEL
  • format e-mel
  • Kandungan & Panduan e-mel
  • Latihan penulisan e-mel
3:45 PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA
  • Format kertas kerja
  • Kandungan & Panduan Penulisan kertas kerja
  • Latihan penulisan kertas kerja
5:00

Tamat Hari Pertama

HARI KEDUA
9:00 PROFESIONALISMA DALAM PENULISAN LAPORAN
  • Pengenalan jenis & format laporan
  • Kandungan & Panduan Penulisan laporan
  • Latihan penulisan laporan
10:45 TATABAHASA DAN LARAS BAHASA
  • Mengenali kesalahan biasa dalam penulisan
  • Menggunakan tatabahasa yang betul
  • Menggunakan ayat dan bahasa yang sesuai
1:00 Makan Tengah Hari

2:00 PANDUAN PENULISAN MINIT MESYUARAT
  • Pengendalian mesyuarat
  • Pengambilan Minit Mesyuarat yang baik
  • Kandungan & Panduan Penulisan Minit Mesyuarat
3:45 LATIHAN PENULISAN MINIT MESYUARAT
 
5:00 Kursus Tamat