Penulisan Kertas Kerja Dan Laporan

30-31 May, 2023, TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

JUMARI BIN KOSRIN (MBA UTeM. BA Syariah UM).

 

En. Jumari telah memulakan karier dalam bidang latihan lebih dari 10 tahun. Beliau telah mengendalikan pelbagai jenis kursus yang melibatkan pelanggan korporat termasuklah IPT, pihak kerajaan dan swasta. Beliau juga berpengalaman mengendalikan kursus termasuklah bidang pengurusan dan motivasi samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian dalam pengendalian kursus, beliau mendapat penilaian yang tinggi dari para peserta dan akhirnya dapat diaplikasikan dalam persekitaran kerja yang sesuai.

 

Beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan kursus-kursus pembinaan pasukan, motivasi, Train The Trainer, Professional Grooming, Protocol and Social Etiquette, Supervisory Skill, Communication Skills, Career & Motivation, Leadership and Supervisory Skill, Self Improvement, Positive Work Attitude, Pengurusan Fail dan Rekod.

 

Beliau memegang ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya, dalam bidang pentadbiran dan perundangan Syariah serta telah menamatkan pengajian dalam Master of Business Administration (MBA) dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Ini menjadikan beliau sangat berkeyakinan dalam mengendalikan pelbagai jenis kursus.

 

Pengalaman kerja beliau di dalam sektor kerajaan dan swasta sebelum menjadi jurulatih sepenuh masa, menjadikan beliau mempunyai nilai tambahan dalam pengendalian pelbagai jenis kursus. Beliau juga turut berkemampuan dalam mengendalikan soft skill training seperti kursus penulisan surat dan dokumen rasmi berkualiti dalam Bahasa Malaysia.

 

Kemahiran dan kebolehan dalam mengendalikan kursus menjadikan beliau menjadi jurulatih pilihan kepada organisasi seperti Pusat Serenti, Pasukan Bomba dan Penyelamat, IKSEP, National Semi Conductor Melaka, Pejabat Belia dan Sukan, Institusi Pengajian Tinggi, STRIDE, MINDEF, JKR, PETRONAS dan NGO termasuklah dari Negara Brunei Darussalam.

 

Venue Details

TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur
120 Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300, Kuala Lumpur
Phone : 03 2603 1999
Fax : 03 2603 1777

https://www.tamuhotel.com/

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Profesionalisma Dalam Penulisan Kertas Kerja
  • Merangka Kandungan Kertas Kerja
  • Menggariskan Objektif Proposal
  • Membuat Anggaran Perbelanjaan Dan Pendapatan
  • Mengatur Perjalanan Projek 
  • Kaedah Penulisan Laporan
  • Merangka Kandungan Dan Menentukan Jenis Laporan
  • Memilih Format Laporan
  • Memilih Gambar, Video Dan Bahan
  • Membuat Laporan Perbelanjaan Sebenar
PENDAHULUAN

Pengetahuan dan kebolehan menulis adalah satu kemahiran yang sangat penting bagi kakitangan yang diberikan tugas sedemikian di dalam sesebuah organisasi terutama bila berurusan dengan pihak kerajaan. Kemahiran ini mampu menghasilkan penulisan yang berkualiti dan mencapai objektif yang ditetapkan oleh sesuatu penulisan serta melambangkan tahap profesionalisma mereka.

Terdapat banyak bentuk penulisan yang kerap diperlukan di dalam sesebuah organisasi seperti penulisan surat rasmi, memo, e-mel, laporan, kertas kerja dan minit mesyuarat. Kesemua jenis penulisan ini mempunyai format dan teknik tertentu dan tatabahasa yang betul untuk dihasilkan.

Semua kakitangan yang terlibat di dalam tugasan penulisan sangat penting untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang betul bagi memudahkan tugas dan memberi imej yang baik kepada organisasi dimana mereka bekerja.

OBJEKTIF KURSUS

Selepas melalui kursus ini para peserta akan berkemampuan untuk:

  1. Mempraktiskan ciri-ciri yang terbaik bagi menghasilkan penulisan kertas kerja dan laporan
  2. Mengaplikasi format yang betul bagi setiap jenis penulisan yang berlainan.
  3. Menggunapakai penggunaan tatabahasa yang betul di dalam penulisan yang berkualiti.
  4. Menerangkan kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan ketika menghasilkan penulisan.
  5. Menyenaraikan kaedah yang betul untuk menyediakan laporan yang ringkas dan lengkap.
SIAPA YANG PATUT HADIR
Kursus ini sesuai untuk dihadiri oleh Eksekutif, Setiausaha, Pentadbir, Penolong Pentadbir, Pembantu Peribadi, Ketua Kerani yang sering terlibat di dalam penulisan dokumen-dokumen rasmi
METODOLOGI

Kursus yang juga dijalankan dalam bentuk ceramah, bengkel dan perbincangan. Ianya akan dijalankan menggunakan pendekatan ini bertujuan bagi memberikan kefahaman yang optima kepada peserta kerana proses pembelajaran tidak akan berlaku jika hanya setakat mendengar ceramah sahaja.

Penglibatan peserta dalam perbincangan, menzahirkan pandangan dan pendapat mereka serta menyediakan satu hasil kerja bersama, adalah satu teknik yang berupaya menilai tahap kefahaman mereka.

HARI PERTAMA
9:00

PROFESIONALISMA DALAM PENULISAN KERTAS KERJA

10.45

MERANGKA KANDUNGAN KERTAS KERJA

12.00

MENGGARISKAN OBJEKTIF PROPOSAL

1:00 Makan Tengah Hari
2:00

MEMBUAT ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

3:45

MENGATUR PERJALANAN PROJEK 

5:00 Tamat hari Pertama
HARI KEDUA
9:00

KAEDAH PENULISAN LAPORAN

10.45

 MERANGKA KANDUNGAN DAN MENENTUKAN JENIS LAPORAN

12.00

 MEMILIH FORMAT LAPORAN

1:00 Makan Tengah Hari
2:00

MEMILIH GAMBAR, VIDEO DAN BAHAN

3:45

MEMBUAT LAPORAN PERBELANJAAN SEBENAR

5:00 Tamat Kursus