DR. V. THANABALAN VELLOO mempunyai pengalaman yang luas dan mendalam dalam bidang Peningkatan Prestasi Operasi khususnya dalam pelbagai industri perkhidmatan dan pengeluaran.
Beliau memulakan kerjayanya dalam operasi pengeluaran sebagai Eksekutif Pengeluaran dan secara beransur-ansur menjawat pelbagai jawatan pengurus seperti Pengurus Pengeluaran, Pengurus Pembungkusan, Pengurus Perancangan dan Logistik, Pengurus Jualan dan Pengurus Syarikat.
Beliau pernah bekerja di beberapa organisasi seperti Baxter Healthcare, London Rubber Company, Solectron, Mona Industries dan Asiatic Dipped Products. Pengalaman ini telah memberikan beliau pemahaman yang mendalam tentang pelbagai peluang dan masalah yang melibatkan pengurusan kerja.
Bermula dari tahun 1996, beliau telah beralih kepada bidang latihan dan perundingan serta menjadi pensyarah bagi berbagai program Sarjana Pentadbiran Perniagaan. Beliau telah mengendalikan banyak latihan dalaman dan awam bagi sektor kerajaan dan sektor swasta. Antara syarikat-syarikat yang pernah menggunakan khidmat beliau termasuklah Kementerian Pertahanan Awam, TLDM, UMW, Titan Group, CS Metal Industries, Sharp Roxy, Petronas, ShinEtsu Sdn. Bhd., Triplus Industry, Metrod Sdn. Bhd., Shinko Electronics, Green Riverwood, Omron Malaysia Sdn. Bhd., Hap Seng Consolidated Bhd., YTY Industry dan Maruyama Sdn. Bhd.
Para peserta yang menghadiri program-program latihan beliau menerima manfaat yang bernilai dan keputusan yang berkesan kerana beliau mempunyai pendedahan industri yang luas.
Beliau sentiasa memberi dorongan kepada para peserta dan pekerja untuk mempertingkatkan keupayaan ke tahap maksimum, baik dari aspek pencapaian individu, kumpulan dan organisasi.
Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Hons) dalam bidang Pengurusan dan Biokimia serta memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan pengkhususan dalam Pengurusan Am.
Furama Hotel Kuala Lumpur
136, Jalan Changkat Thambi Dollah,
55100 Kuala Lumpur,
- 55100
Phone : (603) 2788 8888
Fax : (603) 2788 8866
https://furama-bukit-bintang.hotels-in-kuala-lumpur.com /en/#main
Juliany,
M - 012 2281 247
juliany@ipa.com.my
Phoebe,
M - 019 363 7822
phoebe@ipa.com.my
FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
June,
M - 012 941 8251
June@ipa.com.my
ADDRESS
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar,
No.5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my
KANDUNGAN KURSUS |
|
PENGENALAN |
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan seorang ketua dalam sesuatu organisasi. Ia juga berfungsi untuk membina keyakinan di kalangan ketua operator, line leader, penyelia, pengurus dan sebagainya. Adalah amat penting untuk seorang ketua bagi sesebuah syarikat berkemahiran dalam aspek kepimpinan, motivasi, membina pasukan dan perhubungan kemanusiaan. Memotivasi dan memimpin pasukan kerja yang berkesan adalah juga penting untuk peningkatan prestasi sesebuah syarikat dan juga perkembangan diri. Hasilnya adalah prestasi yang cemerlang dengan warga kerja yang cemerlang. Syarikat yang akan berjaya untuk masa depan adalah yang boleh memperoleh komitmen semua warga kerjanya. |
SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN DAPAT… |
|
SIAPA YANG PATUT HADIR |
|
METODOLOGI |
Ceramah, Kajian Kes, Praktikal & Perbincangan Umum dan Sesi Soal Jawab |
HARI PERTAMA | ||||||||||||||||||||||
|
HARI KEDUA | ||||||||||||||||||||||
|