(MC) Teknik Pengurusan Rekod & Fail Pejabat Yang Efektif

20-21 Mar, 2023, AC Hotel Kuala Lumpur by Marriott (Formerly known as Vistana Kuala Lumpur)

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

SINTHANA adalah seorang pelatih yang mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman kerja dan mengendalikan latihan beliau berdasarkan pengalaman kerja yang benar. Beliau memulakan kerjayanya di sebuah hotel, diikuti dengan sektor pengilangan multinasional serta sebuah syarikat duti bebas KLIA. Pengalamannya merangkumi bahagian kualiti, latihan dan pembangunan, hospitaliti dan pentadbiran.

 

Beliau mempunyai kemahiran dan mengendalikan program-programnya berdasarkan kepada pengalaman kerjayanya dalam perkhidmatan pelanggan, kemahiran bertulis, komunikasi, penyeliaan, pengurusan pejabat, pengurusan fail dan rekod dan pentadbiran pejabat.

 

Program-program beliau fokus kepada menanam sifat-sifat keyakinan diri, sikap positif dan ingin memajukan diri sebagai teras kompetensi untuk meningkatkan keberkesanan diri dalam kerjaya para peserta. Beliau menekankan teknik pemahaman katakunci dan proses interaksi bersama peserta untuk menjayakan sesuatu program. Metodologi yang digunakan termasuk perbincangan, penyampaian dan main peranan.

 

Beliau juga fasih mengendalikan program-program dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

Berikut adalah nama-nama syarikat dimana Sinthana telah mengendalikan latihan secara langsung: Exxon Mobil, MMC Oil and Gas Sdn Bhd, Northgate Arinso, IBM, Siemens, Hewlett Packard, Panasonic, Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), TUDM (Tentera Udara DiRaja Malaysia), Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya, Construction Industry Development Berhad, Maju Holdings Berhad, L’oreal, DHL, Bank Negara, RHB Bank, I-Perintis Sdn Bhd, Infineon, Proton Casting Sdn Bhd, Sumirubber, Rohas Euco Industries, Elektrisola, Westports, Safeguards, Spansion, Telekom, Universiti Tenaga Nasional, Philip Morris, Pioneer, Hertz, Finisar, Celestica, Scope, SCICOM Academy, Tanjon PLC, eHomemakers (Non-Governmental Organization), Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd, FMS (Ford, Mazda, Sanyo) Audio Sdn Bhd, Ferringhi Beach Hotel dan lain-lain.

Venue Details

AC Hotel Kuala Lumpur by Marriott (Formerly known as Vistana Kuala Lumpur)
9 JALAN LUMUT,, OFF JALAN IPOH,, 50400 KUALA LUMPUR - 50400
Phone : (603) 4042 8000

https://www.marriott.com/en-us/hotels/kulka-ac-hotel-kuala-lumpur/overview/?scid=45f93f1b-bd77-45c9-8dab-83b6a417f6fe&y_source= 1_MTQ2NDU5MDEtNDgzL WxvY2F0aW9uLndlYnNpdGU%3D

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Pengenalan Pengurusan Rekod Dan Fail
  • Klasifikasi Dan Sistem Fail
  • Kawalan Fail Dan Rekod
  • Penyimpanan Dan Pelupusan Rekod
  • Kawalan Keselamatan Rekod
  • Kabinet Dan Tempat Penyimpanan Fail
  • 5S Dan Pengurusan Rekod
  • Latihan Praktikal
SELEPAS MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN DAPAT…
  1. Mempelajari ciri-ciri rekod dan fail.
  2. Mengenali peringkat-peringkat dalam pengurusan rekod.
  3. Mengenalpasti dan klasifikasi rekod mengikut tajuk utama.
  4. Mengenali proses penyimpanan dan pelupusan rekod berdasarkan kitaran hayat.
  5. Menjejaki pergerakan rekod dan dokumen.
SIAPA PATUT HADIR
  • Eksekutif Pentadbiran
  • Penyelia
  • Pembantu Eksekutif
  • Setiausaha
  • Perkeranian dan lain-lain
METODOLOGI
  • Ceramah
  • Kajian Kes
  • Perbincangan Umum
  • Aktiviti Praktikal
  • Sesi Soal Jawab
HARI PERTAMA
9:00

PENGENALAN PENGURUSAN REKOD DAN FAIL

  • Definisi pengurusan rekod dan fail
  • Kebaikan sistem pengurusan yang teratur
  • Keburukan sistem pengurusan yang tidak teratur
  • Rangkakerja pengurusan rekod dan fail yang sistematik dan teratur
10.45

KLASIFIKASI DAN SISTEM FAIL

  • Jenis-jenis sistem fail
  • Kekuatan dan kelemahan setiap jenis sistem fail
  • Jenis-jenis klasifikasi fail
  • Mengenali rujukan surat dan fail
1:00 Makan Tengah Hari
2:00

KAWALAN FAIL DAN REKOD

  • Memahami kepentingan prosedur operasi standard (SOP) dalam pengurusan fail dan rekod
  • Cara mengelak fail dan rekod hilang
  • Buka buku log untuk mengawal pergerakan fail dan rekod
3.45

PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN REKOD

  • Faedah-faedah melupuskan rekod
  • Kaedah-kaedah pelupusan
  • Penilaian rekod sebelum pelupusan
  • Kitar hayat rekod
  • Proses pelupusan rekod
5:00 Tamat Kursus Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00

KAWALAN KESELAMATAN REKOD

  • Lokasi dan tempat penyimpanan
  • Faktor-faktor manusia, makhluk perosak, bahan kimia
  • Kawalan suhu, kelembapan, kebakaran
10.45

KABINET DAN TEMPAT PENYIMPANAN FAIL

  • Mengenalpasti jenis-jenis penyimpanan fail dan rekod
  • Mengenali peralatan yang diperlukan untuk sistem fail yang lengkap
1:00 Makan Tengah Hari
2:00

5S DAN PENGURUSAN REKOD

  • Mengenali istilah Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke
  • Kepentingan 5S dalam pengurusan rekod
3:45

LATIHAN PRAKTIKAL

  • Mengasing dan menyusun rekod mengikut tajuk utama
  • Membina klasifikasi fail mengikut turutan abjad, nombor, abjad nombor
  • Membuka fail mengikut rujukan dan intipati rekod dan dokumen
  • Mengisi borang / jadual pelupusan
5:00 End of Course